Kata Kerja Tunggal
1. Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan yang dilakukan sama ada oleh manusia, binatang, atau benda.
2. Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang terdiri daripada kata dasar.
3. Contoh kata kerja tunggal mandi,tidur ,duduk,makan,lari,berenang , menari dan lain-lain. \
Makan Tidur
Berlari Duduk
4. Contoh ayat kata kerja tunggal
a) Aishah nyenyak tidur di dalam bilik sambil ditemani oleh ibu.
b) Ibu dan ayah duduk di pondok itu sambil berbual-bual.
c) Hobi kakak saya ialah menari.
d) Ali suka makan nasi ayam yang dibuat oleh neneknya.
e) Mereka ketawa berdekah-dekah semasa menonton rancangan lawak di televisyen.
f) Rama-rama yang terbang pada bunga itu sungguh cantik.
g) Kucing itu sedang minum susu .
h) Setiap hari Sarina mandi sebelum pergi ke sekolah.
No comments:
Post a Comment