Blogger Widgets

Sunday, March 10, 2013

Kenegaraan


SOALAN   

JELASKAN PROSES KEDATANGAN IMIGRAN CINA DAN INDIA KE NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU


Tugasan 1:  Soalan 5
Jelaskan proses kedatangan imigran Cina dan India ke Negeri-Negeri Melayu

PENGENALAN
Penduduk Malaysia pada hari ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Penduduk asalnya adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang kita kenali sebagai kaum orang asli iaitu tinggal dikawasan pendalaman di Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk  asalnya terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Kadazan, Murut, Iban, Melanau, Bajau, dan pelbagai lagi. Kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu menyebabkan penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu bangsa Cina dan India yang paling terkenal.

 Pada zaman kegemilangan Melaka, pedagang dan saudagar dari negera China dan India serta Arab datang  belayar ke Tanah Melayu  bertujuan untuk  berniaga atau dengan kata lain untuk berdagang di pelabuhan Selat Melaka, bukan untuk menetap di Tanah Melayu.Tetapi mulai pertengahan abad ke-19 Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan imigran  Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.

Kemasukan Imigran Cina dan India ke Tanah Melayu
Selepas pendudukan British di Pulau Pinang,Melaka dan Singapura pada abad ke 19,kepadatan penduduk Tanah Melayu adalah meningkat.Pada tahun 1826,penduduk Melaka dianggarkan berjumlah 25000 orang yang terdiri daripada kaum Melayu,16% imigran Cina dan 9% kaum imigran India.. Manakala di Pulau Pinang, jumlah penduduknya ialah seramai 30,000 termasuk orang Melayu dan selebihnya pula ialah kaum India yang menyumbangkan 28%  dan 27% ialah kaum Cina.Keadaan seperti ini juga sama di negeri-negeri Melayu yang lain. Ini menunjukkan betapa meningkatnya kemasukan imigran ketika zaman pendudukan British. Proses kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu di pengaruhi oleh beberapa faktor dari luar dan dalam negara mereka.  
                                         
1.      Imigran Cina
Orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke 15 lagi. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Pada abad ke 19, penghijrahan kaum Cina telah meningkat. Ini adalah kerana dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina.Mereka juga datang ke Tanah Melayu kerana perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam.Orang Cina datang beramai-ramai adalah untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan dilombong bijih timah.

Menjelang tahun 1850 terdapat kawasan lombong bijih timah yang diusahakan oleh orang Cina di kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Selain itu imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu  terrtumpu di Lukut dan Sungai Ujung kerana terdapatnya perusahaan lombong bijih timah yang dikendalikan oleh pembesar-pembesar Melayu pada masa itu. Pada tahun1870 bilangan imigran Cina di Sungai Ujung talah meningkat kepada 10,000 orang. Abad ke-19 berlaku ketidakstabilan politik di Perak, Selangor dan Sungai Ujung. Ini menyebabkan campurtangan Inggeris didalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, serta menarik minat pelabur dari Eropah dan Cina melabur dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

Di negeri Johor pula Temenggong Ibrahim telah memberi kawasan disepanjang sungai  kepada orang Cina untuk tanaman lada hitam dan gambir kepada orang Cina. 'Surat Sungai' atau surat kuasa diberikan kepada seorang ketua atau 'Kangchu' di satu-satu kawasan gambir dan lada. Pada tahun 1870-an dianggarkan penduduk Cina di Johor mencapai bilangan sehingga 100,000 orang.

 Long Jaafar, seorang pembesar negeri Perak telah menernui kawasan bijih yang luas di Larut,Taiping. Pada tahun 1840-an. Beliau telah membuka lombong di Kelian Pauh (Taiping) dan membawa buruh Cina untuk memajukan lombong di Larut. Dianggarkan terdapat 40.000. orang Cina di Larut pada tahun 1873. Begitu juga di Lukut iaitu kawasan lombong bijih yang ditadbirkan oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar.

Kebanyakan imigran Cina berasal dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Kebanyakan imigran yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada beberapa puak mengikut dialek kedaerahan seperti daerah Arnoy, Sen-Yu, Hok-Chiu. Eng Choon dan daerah-daerah lain di wilayah Kwangtung; manakala suku-suku lain terdiri daripada penduduk daerah Canton. Tiu Chiu. Fui Chiu dan Kheng Chow.

Faktor-faktor kemasukan Imigran Cina ke Tanah Melayu
i  )  Sosiol dan ekonomi
Pertanian merupakan sumber ekonomi bagi Negara China.Apabila berlaku bencana alam seperti kemarau dan banjir dan sebagainya menyebabkan pertanian tidak dapat dijalankan.Akibatnya kebuluran dan penderitaan teruk berlaku kerana bekalan makanan tidak mencukupi.

Masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular.

Pertambahan bilangan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah untuk pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh pada tahun 1751 -1851 bilangan penduduk negara China telah meningkat iaitu dari 181 juta menjadi 432 juta orang. Justeru itu kerajaan Manchu telah mengenakan cukai yang tinggi untuk perbelanjaan pentadbiran negara China. Ramai penduduknya yang terdiri daripada petani tidak dapat membayar cukai dan mereka terpaksa menjual tanah dan dianggarkan 60-90% daripada petaninya kehilangan tanah.

Menurut Ooi Jin-Bee, sumber-sumber alam di wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi adalah terhad. Ini menyebabkan peluang-peluang pekerjaan berkurangan. Keadaan ini telah memaksa ramai orang Cina untuk berhijrah ke Negeri-Negeri Melayu.                    
,                                                                                                                                                   
  ii  )  Kekacauan dan korupsi Politik Kerajaan Manchu
Pada abad ke-19, keadaan politik di bahagian selatan negara China tidak stabil. Beberapa pemberontakan anti-Manchu telah meletus terutamanya di wilayah-wilayah Kwangtung dan Kwangsi. Dinasti Manchu yang memerintah negara China telah dianggap sebagai pemerintah asing oleh orang Cina. Pemberontakan Taiping di bawah pimpinan Hung Hsiu-chuan telah  meletus di bahagian selatan negara China pada tahun 1850. Kerajaan Manchu hanya berjaya menumpaskan pemberontakan tersebut pada tahun 1864. Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Malahan orang Cina juga tidak puas hati dengan sistem pentadbiran Manchu yang bukan sahaja tidak cekap tetapi juga pembelot. Terdapat korupsi dan sifat tamak di kalangan pegawai-pegawainya.  

  iii  )  Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu
Perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah pada awal abad kedua puluh di Tanah Melayu telah menarik orang Cina. Harga bijih timah yang melambung tinggi pada tahun 1898 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Dalam tahun 1899-1900,kira-kira 100 000 orang Cina telah menetap di Neger-Negeri Melayu Bersekutu. Menjelang pada tahun 1901, terdapat lebih ramai orang Cina daripada orang Melayu di negeri Perak dan Selangor. Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu telah menarik orang Cina. Pada tahun 1931, 35% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu yang terlibat dalam penanaman getah adalah orang Cina.

 iv )  Kestabilan politik di Tanah Melayu
Dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penghijrahan orang Cina Ke Tanah Melayu. Disamping itu British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pada tahun 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dibentuk ini merupakan juga faktor kestabilan politik. Oleh itu, telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

Cara-cara kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu
Kemasukan buruh dari China bermula sejak awal abad ke-19 secara besar-besaran. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangaan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.

i  ) Sistem Tiket Kredit
Kemasukan imigran Cina ini kebanyakannya melalui sistem tiket kredit. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau (Ketua) iaitu orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan masyarakat tempatan Cina sebelum dibawa ke pelabuhan .Kheh-thau ini akan diberi upah bagi setiap imigran Cina yang dibawa masuk. Gelaran yang diberikan kepada imigran Cina ini ialah “Sin Khyaneh” yang diletakkan dibawah pengawalan nakhoda kapal atau agensi buruh.

 Imigran ini adalah terikat dengan satu perjanjian iaitu terpaksa bekerja satu tempoh tertentu sehingga hutang tambang mereka datang ke Tanah Melayu selesai . Setelah itu barulah mereka bebas untuk berkhidmat dengan sesiaapa sahaja yang mereka suka. Mereka ini akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang hendak mereka tuju bersama kenyataan sama ada mereka bebas atau berhutang. Mereka ini akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.

 Jawatan Pegawai Pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872 telah diwujudkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu. Jawatan ini diadakan untuk bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.  Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh. Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan pengambilan kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi.

ii   )  Sistem Pengambilan kakitangan
Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh. Segala perbelanjaan seperti tambang akan dibiayai oleh majikan. Pegawai khas dilantik untuk mengiringi buruh-buruh ke tempat majikannya.

iii  )  Sistem pengambilaan rumah kongsi
Manakala sistem ini, pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Segala perbelanjaan buruh ini dibiayai oleh pegawai ini sehingga mereka sampai di rumah kongsi. Pembawa buruh ini akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui diantara mereka.

Iv  )  Secara Berkumpulan ( Foochow )
Pada awal abad ke-20, penghijrahan imigran Cina ini telah berubah terutama di Sarawak. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adanya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang. Pada tahun 1901 bulan Januari dan Mac orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu. Imigran ini sangat diperlukan untuk mengusahakan ladang gambir dan ladang lada hitam.

2.  Imigran India
Orang India mula datang ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi mendahului  kaum Cina. Tetapi kedatangan mereka dalam kelompok yang kecil dan dengan bertujuaan untuk berdagang. Pedagang–pedagang India ini mengelar Tanah Melayu dengan gelaran “Suvarnabumi”atau Tanah Emas. Imigran yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai keturunan Tamil dari Tamil Naidu,Malayali dari Karala/Malabar, Telegu dari Andra Pradesh, Sikh dari Punjab, Tamil Chettiar dari Tamil Naidu, Gujrati dari India Utara. Kebanyakan mereka yang datang ialah daripada pelbagai golongan Chettier, golongan professional seperti doktor, askar terutamanya Gurkha, pekerja di ladang dan juga untuk membina jalan keretapi.

 Faktor-faktor kedatangan Imigran India ke Tanah Melayu
)  Keadaan ekonomi di India
Keadaan ekonomi yang tidak stabil dan sering berlaku kebuluran dan kemiskinan di India. Ini menyebabkan keadaan masyarakat di India yang rata-rata hidup dalam kemiskinan dan kebuluran. Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk menyebabkan hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan  kebuluran pada pertengahan abad ke-19.

Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi.

 Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengenakan 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941.

Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.

ii  )  Peluang pekerjaan
 Faktor peluang pekerjaan yang ada di negara ini. Penghijrahan kaum India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang pertanian khususnya tanaman getah.Ini menyebabkan jumlah masyarakat India meningkat secara mendadak  di Tanah Melayu.

Apabila perkembangan ladang kopi, getah dan tebu, British telah mengalakkan kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. Pada tahun 1900 hanya terdapat sekitar 50 000 ekar sahaja tanaman getah tetapi dalam masa 11 tahun sahaja iaitu pada tahun 1911 ladang getah telah meningkat kepada 543 000 ekar,  iaitu peningkatan lebih 10% dan pada tahun 1938 terus meningkat kepada 3 272 000 ekar. Kebanyakan orang India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu bekerja di ladang getah dan ada juga bekerja di landasan keretapi. Dianggarkan 8009 orang India bekerja di landasan keretapi.

iii )  Dasar-dasar Kerajaan British
India merupakan tanah jajahan British pada masa itu. British memberikan galakan kepada buruh-buruh India untuk bekerja di Tanah Melayu. Selain dari itu masyarakat India adalah bangsa yang berpengalaman luas dan tahan lasak dalam sektor pertanian.Ini merupakan aset terbaik untuk digunakan bagi membangunkan sektor perladangan di Tanah Melayu.
Kestabilan politik di Tanah Melayu pada 1920, menyebabkan kedatangan imigran India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India

Cara-cara kemasukan imigran India ke Tanah Melayu
Kemasukan masyarakat India ke negara ini melalui beberapa cara iaitu melalui, sistem kontrak,  kangani  dan Tabung Imigran India.

i  )  Sistem Kontrak
Sistem kontrak ataupun indented labour, digunakan untuk menggalakkan dan untuk menarik perhatian rakyat India untuk datang ke Tanah Melayu dan bekerja sebagai buruh disini.Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1820 yang mana pada asalnya digunakan untuk megambil buruh untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan kopi.

Apabila British memerlukan tenaga buruh yang besar untuk pembangunan sektor getah di Tanah Melayu, ejen pekerja yang kebanyakan berada di Madras dan Nagapatinam telah menggiatkan usaha untuk menambah jumlah buruh India yang hendak bekerja di Tanah Melayu. Pekerja berhijrah ke Tanah Melayu akan menandatangani satu kontrak yang mana terdapat beberapa perkara utama yang perlu dipatuhi seperti tempoh bekerja serta perkara-perkara yang difikirkan perlu ada didalam kontrak tersebut. Apabila kontrak telah dimeterai, majikan akan menguruskan pemergian mereka ke Tanah Melayu dan akan dibayar gaji.Setelah kontrak pekerja-pekerja ini tamat, mereka dibenarkan pulang ke India ataupun diberi peluang untuk terus berada di Tanah Melayu dan bekerja di sini.

ii  )   Sistem Kangani 
Sistem kangani turut digunakan untuk menarik kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu. Melalui sistem kangani ini, pengusaha ladang atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India untuk menarik seramai mungkin mereka yang mahu bekerja di Tanah Melayu. Setiap Kangani akan dibayar mengikut jumlah pekerja yang diperolehi. Segala perbelanjaan membawa masuk buruh ini akan ditanggung oleh kangani seperti tambang dan kos-kos lain. Kangani akan menggunakan wang diberikan oleh majikan untuk membiayai segala keperluan ini.

British menempatkan beberapa orang pegawainya di pelabuhan-pelabuhan India khususnya Madras dan Nagapatinam ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan kemasukan buruh India ke Tanah Melayu. Buruh-buruh ini akan menaiki kapal dan diturunkan di beberapa buah negeri kritikal seperti Pulau Pinang dan Perak, seterusnya akan diagihkan mengikut majikan masing-masing. Sistem kangani ini lebih berrjaya menarik kemasukan imigran  kerana  sistem kangani akan memujuk orang yang mereka kenali dan rapat untuk ke Tanah Melayu.Secara tidak langsung, mereka akan dapat memancing keyakinan buruh untuk bekerja dengan selesa dan serta penindasaan dapat dihapuskan.        
                                                                       
iii  )  Tabung Imigran India
Sistem Tabung Imigran India adalah sistem yang diwujudkan oleh British untuk membawa masuk buruh-buruh India bekerja di Tanah Melayu. Segala kos perjalanan adalah ditanggung oleh dana dari tabung ini. Melalui sistem ini ramai buruh India pulang ke negara mereka  iaitu 38,801 orang buruh yang datang lebih kurang 12,000 orang yang telah pulang ke India

Kesimpulan
Pertumbuhan penduduk dan wujudnya masyarakat majmuk,kemasukan orang-orang Cina dan India menyebabkan komposisi kaum berubah.Sebelum tahun 1848, di Negeri-Negeri Melayu boleh dikatakan keseluruhan penduduknya adalah orang Melayu.Dengan kemasukan orang Cina dan India, orang Melayu tidak lagi merupakan golongan majoriti, setengah-tengah negeri ,orang Cina dan India telah melebihi golongaan orang Melayu seperti yang berlaku di Selangor dan Perak pada tahun 1901. Pada tahun 191, orang Melayu merupakan 51%, orang Cina-33% dan India-11% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Dengan wujudlah masyarakat majmuk di Tanh Melayu.

Pembahagian penempatan,dari segi penempatan, terjadi perasingan antara kaum dengan kaum yang lain. Orang-orang Melayu tinggal di tepi pantai atau di tebing-tebing dan muara-muara sungai.Pekerjaan mereka adalah petani dan nelayan. Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar, pelabuhan dan di kawasan perlombongan. Orang Cina menjadi golongan saudagar, pengusaha, peladang dan pelombong. Orang-orang India pula tertumpu di ladang tebu, kopi dan getah. Kebanyakan mereka ini bekerja sebagai buruh di sektor awam seperti membina jalaan raya dan keretapi termasuk kerja perkeranian di jabatan-jabatan kerajaan.

Perbezaan identiti dan kebudayaan ketiga-tiga kaum amat ketara, iaitu golongan imigran ini tetap memegang teguh dengan kebudayaan negara mereka.Masalah-masalah sosial iaitu kehadiran orang-orang Cina menyebabkan wujudnya kongsi-kongsi gelap yang menimbulkan kekacauan seperti rusuhan dan pertempuran. Berlakunya kegiatan pelacuran di kalangan orang Cina. Kegiatan perjudian banyak didapati kerana orang-orang Cina suka berjudi dan rumah-rumah perjudian banyak diusahakan oleh kongsi-kongsi gelap. Ini sering menjadi punca pergaduhan dan rusuhan. Kegiatan orang-orang Cina ini menimbulkan masalah kepada pemerintah dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini pihak pemerintah telah menubuhkan Jabatan Pelindung Orang Cina pada tahun 1877.

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah, dengan kemasukan orang-orang Cina dan India telah dapat memenuhi keperluan perusahaan bijih timah dan getah. Orang-orang Cina telah membuka dan mengerjakan lombong-lombong bijih timah serta memperkenalkan kaedah melombong yang lebih berkesan iaitu kaedah bomba palung yang memberikan pendapatan yang lebih lumayan daripada kaedah mendulang. Orang Cina memberi sumbangan besar dalam bidang modal dalam perlombongan dan perusahaan getah.Orang–orang India telah membantu mengembangkan perusahaan getah dengan membekalkan tenaga buruh yang murah. Orang-orang India ini telah membolehkan pembukaan ladang getah yang banyak yang diusahakan oleh bangsa Eropah.

Dari segi pembinaan infrastruktur, kemasukan orang-orang India telah menyumbang tenaga bagi pembinaan jalan raya dan keretapi. Jalan-jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasaan pertanian, ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah dengan pelabuhan dan menyebabkan bahan-bahan mentah dieksport ke luar negara dengan segera.

Pertumbuhan bandar-bandar lebih pesat, dengan kemasukan imigran ini menyebabkan berlakunya aktiviti perdagangan, pertanian, perladangan dan perlombongan dan hasil daripada kegiatan tersebut muncul bandar-bandar. Kegiatan perlombongan bijih timah menyebabkan lahirnya Bandar Taiping, Kemunting dan Ipoh. Muncul juga bandar-bandar kecil dan pekan-pekan yang sebahagian besar diduduki orang Cina yang menjalani perniagaan dan orang India yang merupakan golongan pekerja.

Bibliografi
Ee Ah Meng., Pendidikan Di Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. K.L 1988
International Law Book Services., Malaysia Kita, Golden Book Centre K.L 2000
Maswari Rosdi., Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. K.L 1990
Modul HNS2013 Kenegaraan., UPSI 2011
Ranjit Singh Malhi., Sejarah, Federal Publications K.L 1994
Zanaswordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysiayangberdaulat/kedatangan-migran-cinaketanah-melayu
http;//oppapers.com/essays/kemasukanimigran/270719
http;//www.diniahfaldhiah.blogspot.com
http;//www.docstor.com/docs/22464503/bincangperananpembesar-diTanahMelayu-sebelum-campurtangan
http;//www.slideshare.net/myongdae88/masyarakatkaummalaysia


Pembangunan Sahsiah

SOALAN TUGASAN 3

Anda dikehendaki membuat kajian kes seseorang  seseorang guru yang bermasalah di sekolah.

Pengenalan
            Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan. Sebagaimana yang kita ketahui  guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan Negara.  Selain berperanan menyebarkan ilmu, membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi, guru menjadi contoh teladan atau “role model” kepada pelajar.Menurut Mak Soon Sang ,1988, seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan. 
            Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Profesion perguruan tertakluk kepada pelbagai syarat yang diadakan seperti kod etika  bertujuan untuk melahirkan modal insan guru yang unggul serta berkualiti. Pada tahun 1995 hingga tahun 2008 terdapat sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) iaitu  perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. 
            Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini.Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika perguruan ini seharusnya para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru, memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap pelajar,masyarakat dan Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar, meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan guru sesama guru. Namun begitu jika dilihat terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila  perguruan yang sememangnya harus dielakkan bagi yang menjawab jawatan professional

Bedah siasat “ guru bermasalah”
Oleh  Zainuddin Zain dan Asmizan Mohd Samiran

KUALA LUMPUR: Satu demi satu kejadian salah laku guru terhadap murid kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan masyarakat dan memerlukan tindakan segera serta menyeluruh oleh kerajaan bagi menyekat sindrom “ cikgu ganas” ini daripada terus berlaku.

Pemantauan sepanjang bulan ini saja mendapati sekurang-kurangnya enam kejadian mengenai salah laku guru dilaporkan media, termasuk kes guru menghadapi pertuduhan mencabul pelajar, ditahan kerana disyaki menghisap dadah manakala Februari lalu seorang guru wanita didakwa mengetuk kepala pelajarnya dengan kasut tumit tinggi.
Dua organisasi berkaitan profesion perguruan, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) turut bimbang dengan perkembangan negatif itu serta bersetuju‘bedah siasat’perlu dilakukan untuk mengetahui punca segelintir guru bertindak sedemikian.

Presiden PIBGN, Prof Madya Mohd Ali Hassan, berkata satu suruhanjaya khas sepatutnya ditubuhkan kerana masalah membabitkan guru tidak boleh dipandang remeh memandangkan ia  berkaitan barisan yang membentuk generasi masa depan.

Katanya, suruhanjaya itu perlu bertanggungjawab mengkaji segala masalah berkaitan kerjaya perguruan dan pada masa sama menyiasat semua kes yang berlaku bagi mendapat gambaran sebenar, seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian.


Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat serta Negara,bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan dan mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah bertapak dalam bidang perguruan ini. 
            Sekarang sekiranya kita lihat,banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita,iaitu sama ada kita sedar ataupun tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain.Profesion perguruan adalah profesion yang professional.Justeru itu guru adalah seorang yang telah dibekalkan dengan latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini semakin tergugat kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah tersedia. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salahlaku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Perkara-perkara ini mencemarkan martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia dimata masyarakat. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru.
             Guru berperanan sebagai pendidik iaitu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid.Tanggungjawab yang perlu dilakukan seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, pengasih dan penyayang,mewujudkan unsur-unsur kecindan dalam pengajaran pembelajaran, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.

i) Latar belakang guru
            Encik Azman bin Ahmad adalah seorang guru .Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung, iaitu Kampung Ulu Triang, daerah PerakTengah,Perak.Beliau mempunyai lima orang adik-beradik.Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang berada dan berpendidikan tinggi.Beliau telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Triang, daerah Taiping, Perak selama 10 tahun dan sebelum ini banyaklah sekolah telah beliau berkhidmat iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Benam,Selangor selama 4 tahun ,Sekolah Kebangsaan Parit Ilmu,Johor iaitu selama 3 tahun dan,Sekolah Menengah Layang-layang Kiri,Perak selama 4 tahun.
           Beliau berusia 45 tahun, telah berkhidmat selama 21 tahun dalam profesion perguruan.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Raja Aziz, dan meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Raja Muda Abdullah serta melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Pendidikan di universiti tempatan. Beliau telah pun berumahtangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki. Isteri beliau seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Alamat terkini beliau ialah No 5, Laluan 10,Taman Istana, Perak ,Darul Ridzuan.

ii)  Masalah yang dikenal pasti:
Penyalahgunaan masa

Pengenalan
            Definisi masa menurut kamus dewan ialah jangka waktu tertentu ,ada permulaan dan batasannya. Penyalahgunaan masa ialah tidak menggunakan masa dengan betul. Di dalam Al-Quran, Surah Al-Ash menyatakan bahawa manusia sentiasa didalam kerugian, sekiranya tidak  menggunakan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah. Pepatah Melayu juga ada menyatakan masa itu ibarat emas, iaitu sangat berharga ataupun tidak ternilai.Guru adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan berperanan menerapkan kepentingan masa kepada murid.
             Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.
                   Berdasar dari kenyataan di atas saya  akan menyatakan beberapa perkara yang membawa kepada penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh Encik Azman sama ada secara disedari atau tidak disedarinya. Walaupun baru beberapa tahun saya bertugas bersama beliau , tetapi saya  telah mengenal pasti penyalahgunaan masa yang sering dilakukannya.Antaranya Encik Azman sering kali lewat masuk ke dalam kelas,tidak menggunakan masa yang terluang untuk membuat bahan dan alat bantu mengajar,tidak menggunakan pengetahuan dan kemahiran sepenuhnya untuk membantu murid .Beliau juga suka menggunakan masa terluang untuk bercerita dan berbual perkara yang tidak berkaitan dengan hal-ehwal kerja, tidak menyemak hasil kerja murid atau tidak memenuhi standard latihan yang mencukupi, menunda kerja, melakukan aktiviti yang tidak penting dan melakukan tugas sambil lewa, tidak mengambil tahu mahupun berbincang mengenai penambahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan rakan-rakan sejawat. 
            Guru dipandang mulia oleh masyarakat,justeru itu guru perlu mengambil perhatian dalam pematuhan waktu dan masa. Setiap pergerakan guru dikehendaki dicatat seperti menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tandatangan. Pada zaman sekarang yang serba canggih,terdapat sekolah yang menggunakan ‘punch card’ atau menggunakan perisian komputer yang menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula telah diberi kuasa penuh untuk mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal tertentu terutama hal kecemasan seperti kematian,kemalangan dan sebagainya.Guru hanya perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu juga jika terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran dari Guru Besar.
             Masa senggang adalah masa yang baik untuk guru melakukan aktiviti yang memberikan manafaat kepada murid,sekolah dan diri sendiri.Tetapi sekiranya ketika guru tidak menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan teliti, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar, menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti yang memberikan faedah kepada murid-murid. Guru juga diberi tanggungjawab untuk menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
             Sebelum saya menghuraikan mengenai masalah penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh Encik Azman ini dalam sesi pengajaran pembelajaran murid-murid.Setiap guru perlu tahu etika pengurusan masa seperti mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan perlu  menepati  masa:
1.                  Waktu hadir ke sekolah
2.                  Waktu hadir ke kelas
3.                  Mengajar ikut jadual waktu / waktu tidak mengajar(free period)
4.                  Semak buku latihan murid
5.                  Memberikan bimbingan

a) Tidak menepati masa
            Sebagaimana yang kita maklum waktu pembelajaran bagi satu sesi persekolahan ialah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15 tengahari, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada waktu petang. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyalahgunaan masa termasuklah selalu lewat hadir ke sekolah iaitu melebihi waktu yang ditetapkan adalah dikatakan sebagai tidak menepati masa .Melewatkan masa masuk ke kelas iaitu sengaja menunggu loceng berbunyi baru hendak bergerak ke kelas walaupun masa pembelajaran melebihi dari masa yang sepatutnya dan ini mengundang perkara buruk berlaku terhadap murid semasa ketiadaan guru ,hal ini akan dipertanggungjawab kepada guru tersebut.Ini dikatakan mencuri masa. Sebaliknya guru yang menepati masa sentiasa bersedia ,bersemangat dan peka dengan perubahan waktu sama ada masa masuk ke kelas, kehadiran ke sekolah ataupun keluar kelas. Tidak menepati masa inilah yang sering dilakukan oleh Encik Azman ketika berada di sekolah dan keadaan ini mengecewakan pihak pentadbir ,murid ,rakan sejawat dan ibu bapa murid sendiri. Di manakah prinsip dan etika perguruan yang dipelajari oleh Encik Azman semasa mengikuti latihan perguruan ?

b) Tidak membuat bahan dan alat bantu mengajar  
            Guru yang professional adalah seeorang guru yang peka dengan keperluan bahan dan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan kepada murid-murid.Tetapi guru yang tidak bertanggungjawab tidak akan berbuat sedemikian seperti selalu dilakukan oleh Encik Azman ini,beliau tidak pernah prihatin amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Sebagaimana yang kita ketahui pelbagai bahan dan alat bantu mengajar telah disediakan oleh pihak sekolah untuk diaplikasikan  dalam pengajaran  dan pembelajaran murid-murid. Sebagai contoh cakera padat yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada pihak sekolah yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar. Selain itu, guru boleh melayari laman web Eduweb tv untuk memuat turun mana-mana video yang bersesuaian dengan pengajaran pembelajaran di dalam kelas. Kegagalan guru menyediakan alat bantu mengajar juga menjadi isu penyalahgunaan masa senggang guru. Bukankah kesemua perancangan pengajaran ini memerlukan guru menggunakan masa senggang mereka?

    c) Tidak menggunakan pengetahuan dan kemahiran sepenuhnya untuk membantu murid.
                  Guru adalah golongan professional yang telah dilatih dengan ilmu pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang segi jasmani.emosi,rohani,intelek dan sosial. Guru juga dibekalkan dengan kursus pedagogi dan psikologi oleh Bahagian Pendidikan Guru.Pengetahuan pedagogi membantu guru mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengajar. Pengetahuan mengenai psikologi pula membantu guru memahami gelagat dan tingkahlaku murid, tetapi Encik Azman tidak mengaplikasikan ilmu ini  akibat daripada tidak menggunakan masa  dengan baik untuk merancang sesuatu yang berguna untuk murid-muridnya.Malah beliau suka menolak arahan untuk menghadiri kursus dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah sedangkan kursus tersebut berguna untuk meningkatkan ilmu dan kemahirannya.Hal ini akan merugikan pihak kementerian,sekolah dan juga murid.

d) Melepak atau berbual-bual kosong
            Encik Azman juga suka melepak atau berbual kosong mengenai hal-hal peribadi yang tidak berkaitan dengan isu pengajaran pembelajarannya . Situasi ini akan merendahkan martabat nya sebagai seorang guru dan hal ini akan menimbulkan tanggapan negativif di kalangan masyarakat. Sepatutnya masa ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar atau menambah ilmu dengan membaca buku-buku dan artikel yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajarannya . Selain itu, beliau boleh berbincang sesama rakan sejawat berkaitan dengan mata pelajaran yang akan disampaikan kepada murid ,dengan cara ini  idea yang bernas boleh diperolehi ataupun bertukar-tukar pendapat berkaitan dengan isu pengajaran pembelajaran mereka.

e) Tidak menyemak hasil kerja murid atau tidak memenuhi standard latihan yang
mencukupi.
        Tugas ketua dan ahli jawatankuasa panitia setiap mata pelajaran disekolah selain tugas-tugas tertentu mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan standard kecukupan latihan minimum bagi setiap kumpulan murid iaitu guru dikehendaki memberi  latihan kepada murid mengikut ketetapan yang diberikan supaya murid-murid lebih cekap dan mahir dalam sesuatu tajuk pembelajaran tersebut. Encik Azman memberi latihan sedikit sahaja kepada murid agar waktu menyemaknya adalah lebih singkat dan  beliau juga menggunakan masa menyemak buku latihan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran,pada hal waktu tersebut sepatutnya untuk membantu dan memberi panduan kepada murid supaya objekif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Beliau juga tidak memberikan latihan tambahan kepada murid untuk disiapkan di rumah. Sebagaimana yang kita ketahui latihan tambahan amat penting untuk pengukuhan dan kefahaman murid terhadap pelajaran tertentu. Justeru  itu, guru tidak boleh memandang ringan perkara ini.

      f) Guru melewatkan kerja, melakukan aktiviti yang tidak penting , melakukan tugas
          sambil lewa.
                   Encik Azman tidak menggunakan masa dengan efektif. Beliau sering menunda sesuatu kerja sehingga menimbulkan sesuatu bebanan kepadanya.Keadaan ini menyebabkan  akhir waktu yang ditetapkan, beliau mengeluh dan berasa tertekan dengan bebanan yang disebabkan kealpaan dirinya sendiri. Beliau sering menggunakan masa terluangnya  dengan aktiviti membaca majalah kekeluargaan,membincangkan isu politik secara keterlaluan dan membincangkan hal kekeluargaan orang lain atau terkenal dengan perumpamaan iaitu “menjaga tepi kain orang lain,tepi kain kita sendiri koyak”. Sikap sebegini menyebabkan martabat guru tercemar dan  di pandang serong dikalangan murid dan ibu bapa. Sewajarnya, masa terluang sebegini digunakan oleh beliau untuk membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran murid atau membaca artikel-artikel mengenai pendidikan. Beliau sepatutnya mengambil pengalaman dari guru-guru lain yang baik untuk  dibincangkan dan dijadikan sebagai pedoman dan yang buruk dijadikan sempadan atau tidak perlu dicontohi. Beliau seharusnya mempunyai motivasi intrinsik supaya  dapat menggunakan masanya dengan perkara yang memberikan kebaikan kepada dirinya.
     
      g) Tidak mahu berbincang mengenai penambahan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
                  Beliau sering merungut apabila terpaksa menghadiri ataupun mengikuti kursus peningkatan professional guru.Beliau seharusnya  berfikiran positif kerana dapatan ilmu itu akan membantu beliau mengajar dengan lebih baik lagi.Disebabkan ada perasaan tidak seronok dan keterpaksaan ,beliau mengambil tindakan sambil lewa.Ini menyebabkan kerugian iaitu waktu mengajar di sekolah telah terabai dan ilmu yang diperolehi juga tidak maksimum.Sepatutnya beliau tidak menyalahgunaan masa yang diberikan kepadanya hanya disebabkan tanggapan mereka yang negativif.
  
      Faktor-faktor penyalahgunaan masa
            Penyalahgunaan masa ini dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran individu itu sendiri. Guru ini mempunyai sikap yang tidak seperti iaitu mempunyai sikap malas,sikap tiadak ambil peduli,kurang komitmen dalam kerja,kurang nilai dalam kehidupan serta etika kerja yang lemah.Ini menyebabkan beliau mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan serta tiada rasa bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan hanya memikirkan gaji yang akan diterima setiap bulan. Sebelum bertugas setiap guru telah berikrar akan  menunaikan tanggungjawab yang diamanah dengan baik.
            Di sekolah pula pihak pentadbir adalah menjadi punca berlakunya fenomena ini, iaitu penguatkuasaan yang longgar dan pemantauan yang lemah.Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan,beliau lebih berani tidak menepati masa.Keadaan ini akan mendatangkan kesan buruk terutama kepada guru dan murid-murid. Iaitu prestasi kerja beliau akan merosot dan pencapaian pelajar sekolah akan merosot. Masyarakat akan memandang rendah dan tidak yakin dengan profesion perguruan ini untuk mendidik anak-anak mereka.Justeru itu semua pihak iaitu pihak pentadbir, rakan sejawat, individu sendiri perlu memainkan  peranan penting untuk mengatasi masalah ini.

Kesan-kesan penyalahgunaan masa
            Penyalahgunaan masa juga menyebabkan kepimpinan melalui teladan tidak diaplikasikan.Guru adalah contoh kepada murid-murid. Kepimpinan melalui teladan diwujudkan untuk memupuk  sifat kepimpinan yang berkesan untuk dicontohi dan diamalkan oleh semua golongan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerapkan nilai bertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam.
             Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.
                                    Perkara ini menyebabkan  penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku, sepatutnya masa yang terluang untuk membuat kajian tindakan, penambaikan terhadap teknik pengajaran guru.Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, beliau boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya beliau tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.
                                       Penyalahgunaan masa menyebabkan  beliau tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup. Setiap guru perlu mempunyai matlamat hidup dan fokus tertentu dalam kerjaya mereka.Oleh itu beliau tidak tahu untuk memenuhi masa di sekolah . Sebagai guru, seharusnya beliau menetapkan satu atau lebih matlamat untuk dicapai. Contohnya, untuk menjadi guru cemerlang. perlu mempunyai matlamat, beliau perlu merancang untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya sebelum memohon jawatan tersebut. Oleh itu,beliau   perlu  menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan dokumentasi tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala tujunya dalam kerjaya. Sebagai guru yang positif, beliau seharusnya sentiasa berfikir untuk memenuhi keperluan murid.Diantara  ciri guru yang berfikiran positif iaitu optimis, bersemangat, keberanian, keyakinan, keazaman, kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya beliau mempunyai matlamat kerjaya dan bersikap positif, maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan. 
            Dari perspektif Islam, sikap guru yang menyalahgunakan masa boleh mengundang dosa.Sekiranya guru tidak menepati masa ,pendapatan yang diterima tidak halal. Soal penyalahgunaan masa juga melibatkan keberkatan rezeki. Keberkatan rezeki amat penting dalam kehidupan dan pembangunan keluarga. Sekiranya beliau yang tidak menitikberatkan perkara ini boleh menyebabkan rezekinya tidak diberkati. Perkara seperti ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ini melibatkan hubungan insan dengan penciptanya. Akibat tiada keberkatan dalam rezekinya,  guru itu sering berasa tidak tenang dan merasa rezeki yang diperolehinya tidak mencukupi. Dalam menjalankan tugas, guru-guru tidak boleh walau sedikitpun mengurangi waktu bersama dengan murid seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual waktunya. Cuba kita fikirkan adakah sepanjang tempoh perkhidmatan kita sebagai guru tidak pernah menyalahguna masa?Mampukah kita sebagai seorang guru untuk memohon kemaafan kepada semua murid yang pernah kita ajar di atas perbuatan penyalahgunaan masa yang pernah kita lakukan?

iii)  Analisis masalah berdasarkan satu teori yang dipelajari

TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI
            Saya memilih teori pilihan dan terapi pilihan dalam masalah penyalahgunaan masa guru ini. Teori ini sesuai kerana menurut William Glasser model ini menerima bahawa tingkahlaku secara luarannya dipandu motivasi dalaman.Ia dibina berdasarkan tiga prinsip iaitu setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya sendiri.Tingkahlaku tidak dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya.Kedua, individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan. Ketiga ,individu berkelakuan dalam pelbagai tingkahlaku supaya persekitarannya sesuai seperti mana yang ia kehendaki. Kedua-dua model ini saling berkait rapat.
             Menurut teori pilihan apa yang kita lakukan semuanya dikawal dan tingkah laku yang dibuat dipilih oleh diri kita sendiri atau baka .Diri kita pula dipandu oleh gen untuk memenuhi lima keperluan asas iaitu kelangsungan hidup, kasih sayang, rasa memiliki , kuasa, kebebasan dan kegembiraan.Menurut William Glesser lagi, keperluan yang paling penting ialah kasih sayang dan rasa memiliki kerana kita akan menggunakannya untuk mengukuhkan ikatan hubungan antara orang-orang di samping kita agar dapat memuaskan kehendak mereka.
             Dalam Teori Pilihan  terdapat sepuluh tunjang iaitu kita yang boleh mengawal tingkahlaku kita  diri sendiri ,apa yang kita boleh berikan kepada orang lain ialah maklumat, masalah psikologi jangka panjang adalah masalah hubungan, masalah hubungan adalah sebahagian daripada kehidupan kita, apa yang berlaku pada masa lepas harus dilakukan dengan apa yang dilakukan pada hari ini, tetapi kita hanya dapat memenuhi keperluan asas kita sekarang dan bercadang untuk  memuaskan kehendak mereka pada masa hadapan dan kita hanya dapat memuaskan keperluan kita dengan cara memuaskan gambaran dalam Dunia Kualiti kita,apa yang kita lakukan adalah bagaimana kita bertingkahlaku,tingkahlaku adalah keseluruhan tingkahlaku yang terbina dari empat komponen iaitu tindakan, pemikiran, perasaan dan fisiologi.Keseluruhan tingkahlaku kita adalah dipilih tetapi kita hanya memberi arahan secara langsung terhadap komponen tindakan dan pemikiran. Kita hanya mengawal perasaan, dan fisiologi secara tidak langsung melalui bagaimana kita memlih untuk bertindak dan berfikir.Keseluruhan tingkahlaku direkabentuk oleh perbuatan dan dinamakan sebagai sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti.
             Penyelesaian masalah dalam teori ini adalah kaedah kaunseling yang ditunjukkan oleh William Glasser sejak 1965. Terapi Realiti menyediakan panduan kepada kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Matlamatnya ialah membantu memperjelaskan sesuatu masalah dan isu untuk di selesaikan. Oleh sebab itu, Terapi Realiti adalah berkait rapat dengan Teori Pilihan.Teori ini juga berorientasikan kepada 4 proses penting iaitu Wants, Doing, Evaluate dan Plan(WDEP). WDEP merupakan akronim strategi dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan guru untuk mengubah tingkahlaku yang sesuai dengan kehendak individu.Wubbolding dan Brickell(1999) menyatakan :

 Wants (kehendak, keperluan dan persepsi)
·         Apa yang dikehendaki?
·         Apa jalan keluar bagi sesuatu masalah?
·         Apakah gambaran kualiti kehidupan dan perhubungan yang dikehendaki?

 Doing (Terarah dan Lakukan)
·         Apa yang perlu dilakukan (tindakan, fisiologi, perasaan dan pemikiran)?
·         Bila tindakan perlu dilakukan?
·         Apakah perasaan dan emosi ketika melakukan sesuatu?
·         Bagaimana kesan terhadap kesihatan?

 Evaluate (penilaian)
·         Perkara yang sedang dilakukan, adakah akan berjaya mencapai matlamat?
·         Adakah perkara tersebut berada dilandasan yang betul?
·         Sejauhmanakah kita telah benar-benar berusaha mencapai matlamat?
·         Adakah kita berada pada tahap yang benar-benar dapat memberikan komitmen?

 Plan (perancangan)
·         Apakah perancangan yang dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut?
·         Adakah perancangan itu jelas dan mudah difahami?
·         Bagaimana untuk mengukur pencapaian tersebut?
·         Bolehkah perancangan tersebut dilaksanakan segera?
·         Adakah perancangan berada di bawah kawalan?


 Cara mengatasi masalah penyelahgunaan masa berdasarkan teori yang dipilih

Penyalahgunaan masa di kalangan guru boleh diatasi dengan mengaplikasikan Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Dengan teori ini diharapkan guru dapat mengubah tingkahlaku mereka kepada lebih baik dan boleh dicontohi oleh murid-murid dan masyarakat. Teori Pilihan memperkatakan bagaimana  dan mengapa seseorang itu bertingkahlaku  berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman,dunia kualiti,keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan,skala pertimbangan, tingkahlaku keseluruhan, system tingkahlaku, identiti berjaya dan gagal.
            Berpandukan teori ini, guru perlulah mengkaji semula semua tingkahlaku mereka bagi mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti ialah mengisi masa senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan penyalahgunaan masa. Seseorang guru itu boleh memenuhi identiti berjaya,  sekiranya mereka ada rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa.
            Guru bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup mereka.Setiap pilihan mereka adalah berpandukan keperluan asas mereka. Setiap pilihan mereka memberi kesan yang tertentu.Justeru itu guru perlu memilih tingkahlaku yang efektif supaya dapat membentuk identiti berjaya.Terapi realiti pula merujuk kepada bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain. Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions), E(evaluation) dan P(planning).
             Want (keperluan,kehendak dan persepsi) proses ini memerlukan guru menentukan matlamat dalam kehidupan iaitu dalam penyelesaian masalah penyalahgunaan masa.Iaitu guru perlu menentukan apakah aktiviti yang dilakukan masa lapang , menepati masa masuk ke dalam kelas, menentukan kaedah pengajaran yang lebih baik serta mendahulukan perkara yang lebih penting.
             Directions (  terarah dan lakukan ) dalam proses ini pengalaman masa lampau sebagai panduan untuk membentuk masa hadapan.Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan dalam proses ini iaitu dari segi perasaan, guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga adalah penting. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai pemikiran yang positif iaitu sentiasa yakin bahawa matlamat mereka pasti tercapai.
             Evaluation ( penilaian ) proses ini memerlukan guru memikirkan bahawa adakah matlamat  mereka akan tercapai ataupun tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini. Halangan ini datang dari diri sendiri dan keluarga mereka sendiri . Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada pasangan, anak-anak ,ibu bapa serta sokongan dari pentadbir dan rakan sekerja  adalah sangat penting.
             Plan (perancangan) adalah penting untuk menentukan tindakan yang akan dilakukan.Sebelum membuat perancangan guru perlu menyenaraikan perkara yang penting dulu dan menanamkan azam yang kuat untuk mengatasi masalah penyalahgunaan masa ini. Guru hendaklah melakukan muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah  kearah kebaikan. Guru melakukan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah penyalahgunaan masa ini iaitu masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya,berbincang dengan rakan dan ketua panitia dan guru-guru lain berkaitan dengan hal-hal pengajaran dan pembelajaran, melakukan refleksi ,mencari maklumat  melalui internet atau jurnal-jurnal pendidikan,menjalankan penyelidikan tindakan serta memberi latihan yang mencukupi bagi memenuhi standard yang ditentukan oleh ketua panitia mata pelajaran yang tertentu.
            Selain itu, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan masa ini, kursus, ceramah atau bengkel  perlu dibuat bagi meningkatkan dan memberi kesedaran kepentingan menepati masa dan bertanggungjawab terutama yang melibatkan guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri semua guru dalam kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan penyalahgunaan masa di kalangan guru  dari terus berlaku.
             Pihak pentadbir memainkan peranan penting membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan,maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas. Seterusnya, pihak  pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang.
            Melalui cara ini, guru - guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini dan memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah sikap dirinya.Selain itu, individu itu sendiri juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk  berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk  berusaha menjadi lebih baik. Selain itu, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Rumusan
            Penyalahgunaan masa adalah menyalahi etika profesion perguruan dan menyalahi hukum agama Islam. Oleh itu seorang guru itu perlu peka dengan penggunaan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah iaitu menggunakan masa senggang untuk pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Justeru itu menepati waktu merupakan nilai yang perlu dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira batasan budaya, masyarakat dan juga kelompok individu. Ini kerana kejayaan seseorang individu amatlah bergantung kepada sikap menepati waktu dalam hidup sama ada aktiviti harian, kerja dan juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan atau disiapkan.


BIBLIOGRAFI
Ainon Mohd. & Abdullah Hassan., Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., K.L 2002

Ee Ah Meng., Pendidikan Di Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. K.L 1988

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Semenanjung Malaysia,Pengurusan Pengajaran
dan Pembelajaran, NUTP.

Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan & Mohammad Azizi Shah Mohamed Arip., Modul Pendidikan Jarak Jauh(PJJ) KKD2063 Pembagunan Sahsiah, UPSI 2011

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon., Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. K.L 2010