Blogger Widgets

Petikan



Petikan 1



            Pak Kamal seorang pekebun kelapa. Dia tinggal di Tanjung Karang, Selangor. Kebun kelapanya tidak jauh dari rumahnya. Pokok kelapa yang ditanam itu banyak mengeluarkan hasil. Pak Kamal dibantu oleh anaknya untuk menurunkan buah-buah kelapanya.
            Setiap minggu,Pak Kamal akan menjual buah-buah kelapanya kepada pembeli secara langsung. Pak Kamal menjual dengan hargaa RM 1.00 sebiji. Diaa memperolehi pendapatan yang lumayan. Hasil jualan buah-buah kelapa itu, dia dapat menyara keluarganya.

Soalan:

1. Apakah pekerjaan Pak Kamal?
2. Di manakah Pak Kamal menanam pokok-pokok kelapanya?
3. Siapakah yang membantu Pak Kamal menurunkan buah-buah kelapa?
4. Berapakah harga sebiji buah kelapa yang dijual oleh Pak Kamal?
5. Bagaimanakah pendapatan Pak Kamal hasil daripada jualan buah-buah kelapa
    tersebut?





Petikan 2


Televisyen merupakan suatu alat yang dicipta berdasarkan sains dan teknologi. Pelbagai jenama televisyen yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Banyak faedah yang diperolehi melalui televisyen.Pertama kita boleh mendapat hiburan seperti menonton filem atau cerita-cerita yang kita sukai.Selain itu, kita mendapat pelbagai maklumat seperti hebahan sesuatu perkara. Melalui televisyen juga kita mendapat
Pendidikan seperti penggunaan bahasa yang betul dan menambahkan kosa kata. Oleh itu, banyak kebaikan yang kita perolehi daripada sesuatu program yang disiarkan di televisyen. Walau bagaimanapun, kita perlu pandai membahagikan masa untuk menonton televisyen dan mengulang kaji pelajaran.   

Soalan

1. Televisyen dicipta berdasarkan________________
2. Terdapat___________jenama  televisyen yang terdapat dipasaran.
3. Maklumat diperoleh daripada televisyen melalui _______________
4. Penggunaan bahasa dan _____________ yang sesuai diperoleh melalui televisyen.
5. Kita juga perlu bijak __________ untuk menonton televisyen dan mengulang kaji     
    pelajaran. 

No comments:

Post a Comment