SOALAN
JELASKAN
PROSES KEDATANGAN IMIGRAN CINA DAN INDIA KE NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU
Tugasan
1: Soalan 5
Jelaskan
proses kedatangan imigran Cina dan India ke Negeri-Negeri Melayu
PENGENALAN
Penduduk Malaysia
pada hari ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.
Penduduk asalnya adalah orang Melayu dan
beberapa kaum minoriti yang kita kenali sebagai kaum orang asli iaitu tinggal
dikawasan pendalaman di Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak
pula,penduduk asalnya terdiri daripada
pelbagai kaum seperti kaum Kadazan, Murut, Iban, Melanau, Bajau, dan pelbagai
lagi. Kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu menyebabkan penduduk di
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu bangsa Cina dan India yang
paling terkenal.
Pada zaman kegemilangan Melaka, pedagang dan saudagar dari negera China
dan India serta Arab datang belayar ke
Tanah Melayu bertujuan untuk berniaga atau dengan kata lain untuk
berdagang di pelabuhan Selat Melaka, bukan untuk menetap di Tanah Melayu.Tetapi
mulai pertengahan abad ke-19 Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan
politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah
membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah
telah membawa kepada kedatangan imigran
Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat
satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang
dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan
Indonesia.
Kemasukan Imigran Cina dan India ke
Tanah Melayu
Selepas
pendudukan British di Pulau Pinang,Melaka dan Singapura pada abad ke
19,kepadatan penduduk Tanah Melayu adalah meningkat.Pada tahun 1826,penduduk
Melaka dianggarkan berjumlah 25000 orang yang terdiri daripada kaum Melayu,16%
imigran Cina dan 9% kaum imigran India.. Manakala di Pulau Pinang, jumlah
penduduknya ialah seramai 30,000 termasuk orang Melayu dan selebihnya pula
ialah kaum India yang menyumbangkan 28% dan
27% ialah kaum Cina.Keadaan seperti ini juga sama di negeri-negeri Melayu yang
lain. Ini menunjukkan betapa meningkatnya kemasukan imigran ketika zaman
pendudukan British. Proses kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu di
pengaruhi oleh beberapa faktor dari luar dan dalam negara mereka.
1. Imigran
Cina
Orang Cina
telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke 15 lagi. Pembukaan Melaka dan
hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan
kedatangan orang Cina. Pada abad ke 19, penghijrahan kaum Cina telah meningkat.
Ini adalah kerana dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang
longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina.Mereka juga datang ke Tanah
Melayu kerana perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura. Orang
Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862)
untuk membuka ladang gambir dan lada hitam.Orang Cina datang beramai-ramai adalah
untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan dilombong bijih timah.
Menjelang tahun
1850 terdapat kawasan lombong bijih timah yang diusahakan oleh orang Cina di
kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Selain itu imigran Cina yang datang ke Tanah
Melayu terrtumpu di Lukut dan Sungai
Ujung kerana terdapatnya perusahaan lombong bijih timah yang dikendalikan oleh
pembesar-pembesar Melayu pada masa itu. Pada tahun1870 bilangan imigran Cina di
Sungai Ujung talah meningkat kepada 10,000 orang. Abad ke-19 berlaku ketidakstabilan
politik di Perak, Selangor dan Sungai Ujung. Ini menyebabkan campurtangan
Inggeris didalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, serta
menarik minat pelabur dari Eropah dan Cina melabur dalam perusahaan bijih timah
di Tanah Melayu.
Di negeri Johor
pula Temenggong Ibrahim telah
memberi kawasan disepanjang sungai kepada
orang Cina untuk tanaman lada hitam dan gambir kepada orang Cina.
'Surat Sungai' atau surat kuasa diberikan kepada seorang ketua atau 'Kangchu'
di satu-satu kawasan gambir dan lada. Pada tahun 1870-an dianggarkan penduduk
Cina di Johor mencapai bilangan sehingga 100,000 orang.
Long
Jaafar, seorang pembesar negeri Perak telah menernui kawasan bijih yang luas di
Larut,Taiping. Pada tahun 1840-an. Beliau telah membuka lombong di Kelian Pauh
(Taiping) dan membawa buruh Cina untuk memajukan lombong di Larut. Dianggarkan
terdapat 40.000. orang Cina di Larut pada tahun 1873. Begitu juga di Lukut
iaitu kawasan lombong bijih yang ditadbirkan oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar.
Kebanyakan
imigran Cina berasal dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Kebanyakan imigran yang
datang ke Tanah Melayu terdiri daripada beberapa puak mengikut dialek
kedaerahan seperti daerah Arnoy, Sen-Yu, Hok-Chiu. Eng Choon dan daerah-daerah
lain di wilayah Kwangtung; manakala suku-suku lain terdiri daripada penduduk
daerah Canton. Tiu Chiu. Fui Chiu dan Kheng Chow.
Faktor-faktor kemasukan Imigran Cina
ke Tanah Melayu
i
) Sosiol dan ekonomi
Pertanian
merupakan sumber ekonomi bagi Negara China.Apabila berlaku bencana alam seperti
kemarau dan banjir dan sebagainya menyebabkan pertanian tidak dapat
dijalankan.Akibatnya kebuluran dan penderitaan teruk berlaku kerana bekalan
makanan tidak mencukupi.
Masyarakat Cina daripada negara
China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan
penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah
Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang
dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di
Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular.
Pertambahan
bilangan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah untuk pertanian
turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh
pada tahun 1751 -1851 bilangan penduduk negara China telah meningkat iaitu dari
181 juta menjadi 432 juta orang. Justeru itu kerajaan Manchu telah mengenakan
cukai yang tinggi untuk perbelanjaan pentadbiran negara China. Ramai
penduduknya yang terdiri daripada petani tidak dapat membayar cukai dan mereka
terpaksa menjual tanah dan dianggarkan 60-90% daripada petaninya kehilangan
tanah.
Menurut Ooi Jin-Bee, sumber-sumber alam di wilayah
Fukien, Kwangtung dan Kwangsi adalah terhad. Ini menyebabkan peluang-peluang
pekerjaan berkurangan. Keadaan ini telah memaksa ramai orang Cina untuk
berhijrah ke Negeri-Negeri Melayu.
,
ii ) Kekacauan
dan korupsi Politik Kerajaan Manchu
Pada abad ke-19, keadaan politik di
bahagian selatan negara China tidak stabil. Beberapa pemberontakan anti-Manchu
telah meletus terutamanya di wilayah-wilayah Kwangtung dan Kwangsi. Dinasti
Manchu yang memerintah negara China telah dianggap sebagai pemerintah asing
oleh orang Cina. Pemberontakan Taiping di bawah pimpinan Hung Hsiu-chuan telah meletus di bahagian selatan negara China pada
tahun 1850. Kerajaan Manchu hanya berjaya menumpaskan pemberontakan tersebut
pada tahun 1864. Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda
telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
Malahan orang Cina juga tidak puas hati dengan sistem pentadbiran Manchu yang
bukan sahaja tidak cekap tetapi juga pembelot. Terdapat korupsi dan sifat tamak
di kalangan pegawai-pegawainya.
iii )
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu
Perkembangan perusahaan bijih timah
mulai pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah pada awal abad kedua puluh di
Tanah Melayu telah menarik orang Cina. Harga bijih timah yang melambung tinggi
pada tahun 1898 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina secara
beramai-ramai ke Tanah Melayu. Dalam tahun 1899-1900,kira-kira 100 000 orang
Cina telah menetap di Neger-Negeri Melayu Bersekutu. Menjelang pada tahun 1901,
terdapat lebih ramai orang Cina daripada orang Melayu di negeri Perak dan
Selangor. Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu telah menarik orang
Cina. Pada tahun 1931, 35% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu yang terlibat
dalam penanaman getah adalah orang Cina.
iv
) Kestabilan politik di Tanah Melayu
Dasar pemerintahan
British yang liberal menjadi salah satu faktor penghijrahan orang Cina Ke Tanah
Melayu. Disamping itu British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina
dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya
memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pada tahun 1896, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu telah dibentuk ini merupakan juga faktor kestabilan politik. Oleh
itu, telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor
perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak
peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.
Cara-cara
kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu
Kemasukan
buruh dari China bermula sejak awal abad ke-19 secara besar-besaran. Kebanyakan
mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan
Fukien. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti
sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangaan, dan sistem pengambilan
rumah kongsi.
i
) Sistem Tiket Kredit
Kemasukan
imigran Cina ini kebanyakannya melalui sistem tiket kredit. Imigran Cina yang
ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau (Ketua) iaitu
orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan masyarakat tempatan Cina
sebelum dibawa ke pelabuhan .Kheh-thau ini akan diberi upah bagi setiap imigran
Cina yang dibawa masuk. Gelaran yang diberikan kepada imigran Cina ini ialah
“Sin Khyaneh” yang diletakkan dibawah pengawalan nakhoda kapal atau agensi
buruh.
Imigran ini adalah terikat dengan satu
perjanjian iaitu terpaksa bekerja satu tempoh tertentu sehingga hutang tambang
mereka datang ke Tanah Melayu selesai . Setelah itu barulah mereka bebas untuk
berkhidmat dengan sesiaapa sahaja yang mereka suka. Mereka ini akan dibekalkan
dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang hendak mereka tuju bersama
kenyataan sama ada mereka bebas atau berhutang. Mereka ini akan dibawa oleh
orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.
Jawatan Pegawai Pelindung buruh dari China pada bulan Mac
1872 telah diwujudkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu. Jawatan ini
diadakan untuk bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari
China. Beberapa undang-undang telah
dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh. Pada 30 Jun 1914, sistem
tiket kredit ini telah digantikan dengan pengambilan kakitangan ataupun
pengambilan rumah kongsi.
ii
) Sistem Pengambilan kakitangan
Melalui
sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China
bagi mendapatkan tenaga buruh. Segala perbelanjaan seperti tambang akan
dibiayai oleh majikan. Pegawai khas dilantik untuk mengiringi buruh-buruh ke tempat
majikannya.
iii
) Sistem pengambilaan rumah
kongsi
Manakala
sistem ini, pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang
dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Segala perbelanjaan buruh ini dibiayai
oleh pegawai ini sehingga mereka sampai di rumah kongsi. Pembawa buruh ini akan
dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui
diantara mereka.
Iv ) Secara
Berkumpulan ( Foochow )
Pada
awal abad ke-20, penghijrahan imigran Cina ini telah berubah terutama di
Sarawak. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan
buruh ke Sarawak.Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang
dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas
adanya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu,
dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang. Pada
tahun 1901 bulan Januari dan Mac orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu.
Imigran ini sangat diperlukan untuk mengusahakan ladang gambir dan ladang lada
hitam.
2.
Imigran India
Orang India mula
datang ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi mendahului kaum Cina. Tetapi kedatangan mereka dalam
kelompok yang kecil dan dengan bertujuaan untuk berdagang. Pedagang–pedagang
India ini mengelar Tanah Melayu dengan gelaran “Suvarnabumi”atau Tanah Emas. Imigran
yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai keturunan Tamil dari Tamil
Naidu,Malayali dari Karala/Malabar, Telegu dari Andra Pradesh, Sikh dari
Punjab, Tamil Chettiar dari Tamil Naidu, Gujrati dari India Utara. Kebanyakan
mereka yang datang ialah daripada pelbagai golongan Chettier, golongan
professional seperti doktor, askar terutamanya Gurkha, pekerja di ladang dan
juga untuk membina jalan keretapi.
Faktor-faktor
kedatangan Imigran India ke Tanah Melayu
i ) Keadaan ekonomi di India
Keadaan
ekonomi yang tidak stabil dan sering berlaku kebuluran dan kemiskinan di India.
Ini menyebabkan keadaan masyarakat di India yang
rata-rata hidup dalam kemiskinan dan kebuluran. Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan
penderitaan yang teruk pada penduduk menyebabkan hasil pertanian yang tidak
mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan
mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini
mengakibatkan kebuluran pada pertengahan
abad ke-19.
Penindasan oleh tuan tanah juga
menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang
luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani
di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk
diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang
dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi.
Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang
mengenakan 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan
penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk,
contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat
kepada 390 juta pada tahun 1941.
Penindasan kasta yang teruk di India
juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam
bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang
India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah
dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga
Vaisya dan akhir sekali Sundra.
ii ) Peluang pekerjaan
Faktor peluang pekerjaan yang ada di negara
ini. Penghijrahan kaum India secara
besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor
tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang pertanian khususnya tanaman
getah.Ini menyebabkan jumlah masyarakat India meningkat secara mendadak di Tanah Melayu.
Apabila
perkembangan ladang kopi, getah dan tebu, British telah mengalakkan kedatangan buruh
India ke Tanah Melayu. Pada tahun
1900 hanya terdapat sekitar 50 000 ekar sahaja
tanaman getah tetapi dalam masa 11 tahun sahaja iaitu pada tahun 1911 ladang getah telah meningkat kepada 543
000 ekar,
iaitu
peningkatan lebih 10% dan pada tahun 1938 terus meningkat kepada 3 272 000 ekar. Kebanyakan orang
India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu bekerja di ladang getah dan ada juga
bekerja di landasan keretapi. Dianggarkan 8009 orang India bekerja di landasan
keretapi.
iii ) Dasar-dasar Kerajaan British
India
merupakan tanah jajahan British pada masa itu. British memberikan galakan
kepada buruh-buruh India untuk bekerja di Tanah Melayu. Selain dari itu
masyarakat India adalah bangsa yang berpengalaman luas dan tahan lasak dalam
sektor pertanian.Ini merupakan aset terbaik untuk digunakan bagi membangunkan
sektor perladangan di Tanah Melayu.
Kestabilan politik di Tanah Melayu pada 1920, menyebabkan
kedatangan imigran India. Di samping itu, adanya koordinasi di
antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah
memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang
India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada
kemasukan lebih ramai orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara
Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan
lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang
lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih
ramai orang India
Cara-cara kemasukan imigran India ke
Tanah Melayu
Kemasukan masyarakat India ke
negara ini melalui beberapa cara iaitu melalui, sistem kontrak, kangani
dan Tabung Imigran India.
i )
Sistem Kontrak
Sistem
kontrak ataupun indented labour, digunakan untuk menggalakkan dan untuk menarik
perhatian rakyat India untuk datang ke Tanah Melayu dan bekerja sebagai buruh
disini.Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1820 yang mana pada asalnya
digunakan untuk megambil buruh untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan kopi.
Apabila
British memerlukan tenaga buruh yang besar untuk pembangunan sektor getah di
Tanah Melayu, ejen pekerja yang kebanyakan berada di Madras dan Nagapatinam
telah menggiatkan usaha untuk menambah jumlah buruh India yang hendak bekerja
di Tanah Melayu. Pekerja berhijrah ke Tanah Melayu akan menandatangani satu
kontrak yang mana terdapat beberapa perkara utama yang perlu dipatuhi seperti
tempoh bekerja serta perkara-perkara yang difikirkan perlu ada didalam kontrak
tersebut. Apabila kontrak telah dimeterai, majikan akan menguruskan pemergian
mereka ke Tanah Melayu dan akan dibayar gaji.Setelah kontrak pekerja-pekerja
ini tamat, mereka dibenarkan pulang ke India ataupun diberi peluang untuk terus
berada di Tanah Melayu dan bekerja di sini.
ii )
Sistem Kangani
Sistem kangani turut digunakan untuk menarik
kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu. Melalui sistem kangani ini, pengusaha
ladang atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India
untuk menarik seramai mungkin mereka yang mahu bekerja di Tanah Melayu. Setiap Kangani akan dibayar mengikut
jumlah pekerja yang diperolehi. Segala perbelanjaan membawa masuk buruh ini
akan ditanggung oleh kangani seperti tambang dan kos-kos lain. Kangani akan
menggunakan wang diberikan oleh majikan untuk membiayai segala keperluan ini.
British menempatkan beberapa orang pegawainya di
pelabuhan-pelabuhan India khususnya Madras dan Nagapatinam ini adalah bertujuan
untuk memudahkan urusan kemasukan buruh India ke Tanah Melayu. Buruh-buruh ini
akan menaiki kapal dan diturunkan di beberapa buah negeri kritikal seperti
Pulau Pinang dan Perak, seterusnya akan diagihkan mengikut majikan masing-masing.
Sistem kangani ini lebih berrjaya
menarik kemasukan imigran kerana sistem kangani akan memujuk orang yang mereka
kenali dan rapat untuk ke Tanah Melayu.Secara tidak langsung, mereka akan dapat
memancing keyakinan buruh untuk bekerja dengan selesa dan serta penindasaan
dapat dihapuskan.
iii )
Tabung Imigran India
Sistem Tabung Imigran India adalah sistem
yang diwujudkan oleh British untuk membawa masuk buruh-buruh India bekerja di
Tanah Melayu. Segala kos perjalanan adalah ditanggung oleh dana dari tabung
ini. Melalui sistem ini ramai buruh India pulang ke negara mereka iaitu 38,801 orang buruh yang datang lebih
kurang 12,000 orang yang telah pulang ke India
Kesimpulan
Pertumbuhan penduduk dan wujudnya masyarakat
majmuk,kemasukan orang-orang Cina dan
India menyebabkan komposisi kaum berubah.Sebelum tahun 1848, di Negeri-Negeri
Melayu boleh dikatakan keseluruhan penduduknya adalah orang Melayu.Dengan
kemasukan orang Cina dan India, orang Melayu tidak lagi merupakan golongan majoriti,
setengah-tengah negeri ,orang Cina dan India telah melebihi golongaan orang
Melayu seperti yang berlaku di Selangor dan Perak pada tahun 1901. Pada tahun
191, orang Melayu merupakan 51%, orang Cina-33% dan India-11% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu. Dengan wujudlah masyarakat majmuk di Tanh Melayu.
Pembahagian penempatan,dari segi penempatan, terjadi perasingan antara
kaum dengan kaum yang lain. Orang-orang Melayu tinggal di tepi pantai atau di
tebing-tebing dan muara-muara sungai.Pekerjaan mereka adalah petani dan
nelayan. Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar, pelabuhan dan di kawasan
perlombongan. Orang Cina menjadi golongan saudagar, pengusaha, peladang dan
pelombong. Orang-orang India pula tertumpu di ladang tebu, kopi dan getah. Kebanyakan
mereka ini bekerja sebagai buruh di sektor awam seperti membina jalaan raya dan
keretapi termasuk kerja perkeranian di jabatan-jabatan kerajaan.
Perbezaan identiti dan kebudayaan ketiga-tiga kaum amat ketara, iaitu golongan
imigran ini tetap memegang teguh dengan kebudayaan negara mereka.Masalah-masalah sosial iaitu kehadiran
orang-orang Cina menyebabkan wujudnya kongsi-kongsi gelap yang menimbulkan
kekacauan seperti rusuhan dan pertempuran. Berlakunya kegiatan pelacuran di
kalangan orang Cina. Kegiatan perjudian banyak didapati kerana orang-orang Cina
suka berjudi dan rumah-rumah perjudian banyak diusahakan oleh kongsi-kongsi
gelap. Ini sering menjadi punca pergaduhan dan rusuhan. Kegiatan orang-orang
Cina ini menimbulkan masalah kepada pemerintah dan langkah-langkah untuk
mengatasi masalah ini pihak pemerintah telah menubuhkan Jabatan Pelindung Orang
Cina pada tahun 1877.
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah,
dengan kemasukan orang-orang Cina dan
India telah dapat memenuhi keperluan perusahaan bijih timah dan getah.
Orang-orang Cina telah membuka dan mengerjakan lombong-lombong bijih timah serta
memperkenalkan kaedah melombong yang lebih berkesan iaitu kaedah bomba palung
yang memberikan pendapatan yang lebih lumayan daripada kaedah mendulang. Orang
Cina memberi sumbangan besar dalam bidang modal dalam perlombongan dan
perusahaan getah.Orang–orang India telah membantu mengembangkan perusahaan
getah dengan membekalkan tenaga buruh yang murah. Orang-orang India ini telah
membolehkan pembukaan ladang getah yang banyak yang diusahakan oleh bangsa
Eropah.
Dari segi pembinaan infrastruktur, kemasukan orang-orang India telah menyumbang
tenaga bagi pembinaan jalan raya dan keretapi. Jalan-jalan raya dan keretapi
dibina bagi menghubungkan kawasaan pertanian, ladang-ladang getah dan
lombong-lombong bijih timah dengan pelabuhan dan menyebabkan bahan-bahan mentah
dieksport ke luar negara dengan segera.
Pertumbuhan bandar-bandar lebih pesat, dengan kemasukan imigran ini menyebabkan berlakunya
aktiviti perdagangan, pertanian, perladangan dan perlombongan dan hasil
daripada kegiatan tersebut muncul bandar-bandar. Kegiatan perlombongan bijih
timah menyebabkan lahirnya Bandar Taiping, Kemunting dan Ipoh. Muncul juga
bandar-bandar kecil dan pekan-pekan yang sebahagian besar diduduki orang Cina
yang menjalani perniagaan dan orang India yang merupakan golongan pekerja.
Bibliografi
Ee Ah Meng., Pendidikan Di Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. K.L 1988
International Law Book
Services., Malaysia Kita, Golden Book
Centre K.L 2000
Maswari Rosdi., Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd. K.L 1990
Modul HNS2013 Kenegaraan., UPSI 2011
Ranjit Singh Malhi., Sejarah, Federal Publications K.L 1994
Zanaswordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysiayangberdaulat/kedatangan-migran-cinaketanah-melayu
http;//oppapers.com/essays/kemasukanimigran/270719
http;//www.diniahfaldhiah.blogspot.com
http;//www.docstor.com/docs/22464503/bincangperananpembesar-diTanahMelayu-sebelum-campurtangan
http;//www.slideshare.net/myongdae88/masyarakatkaummalaysia