Ayat tunggal dan ayat majmuk
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal
terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga
dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki
gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah
ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil,
seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga
dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak
mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat
Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada
dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2.
Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap
kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya,
wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang
dibawa untuk digunakan
apabila diperlukan.
5.
Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa
contohnya ialah cantik jelita,
hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.
Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti
sangat cantik, hancur lebur bererti
hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.
Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8.
Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti
bebawang, jejari, kekuda, dan
sebagainya.
9.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak
cipta.
11.
Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
(a) kata nama
majmuk;
(b) kata bilangan
majmuk;
(c) kata adjektif
majmuk;
(d) kata kerja
majmuk;
(e) kata sendi
majmuk;
(f) kata keterangan
majmuk;
(g) Kata hubung
majmuk.
12 Sebahagian besar
daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.
Contoh kata nama
majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan
majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus
lima puluh.
14.
Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf,
cantik jelita, gagah perkasa, merah
jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15.
Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat
kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16.
Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat
sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan,
menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk
pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan
majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi,
demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali
sekala.
19 Kata hubung
majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20.
Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)
|
air mata (kata nama)
|
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
|
lemah lembut (kata adjektif)
|
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
|
mogok duduk (kata kerja)
|
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
|
daripada (kata sendi)
|
(b) mengubah kelas
kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan
tanya)
|
apabila (kata nama)
|
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
|
alim utama (kata nama)
|
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
|
gulung tikar (kata kerja)
|
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
|
tumbuk rusuk (kata nama)
|
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
|
cerdik pandai (kata nama)
|
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
|
lalu lintas (kata nama)
|
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
|
banyak mulut (kata adjektif)
|
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
|
lambat laun (kata keterangan)
|
Maknanya
21.
Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang
berikut:
(a) kata majmuk
wajar;
(b) kata majmuk
kiasan
22. Kata majmuk
wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah
anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang
bernama anggur.
23.
Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna
yang ada pada kata-kata yang
menjadi komponennya.
Misalnya buah hati
ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun
hati.
Makna buah hati
ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.
Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
|
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
|
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
|
25.
Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
|
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
|
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
|
No comments:
Post a Comment