Blogger Widgets

Wednesday, December 12, 2012

Kebersihan


KEBERSIHAN

Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. 


Kebersihan badan adalah  penting dan utama kepada kita. Untuk mngekalkan kebersihan badan  perkara-perkara seperti mandi, mengosok gigi, mencuci muka,mengemaskan rambut, mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya adalah perlu dilakukan oleh setiap individu dalam kehidupan kita. Selain itu,kita juga perlu menjaga kebersihan pakaian kita. Pakaian yang kotor akan menimbulkan penyakit seperti penyakit kulit dan gatal-gatal pada pada badan. Oleh itu, kita perlu setiap hari menukar pakaian yang bersih dan mencuci pakaian yang telah kotor, mendapatkan rawatan dengan segera apabila tidak sihat atau dijangkiti penyakit, menjalankan aktiviti luar bilik darjah seperti bersenam, bermain dan berekreasi, mengamalkan tabiat memakan makanan yang seimbang dan  tidak merokok.








Kebersihan persekitaran ialah pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Ciri-ciri kebersihan persekitaran ialah bertanggungjawab menjaga persekitaran, berdisiplin dan gigih menjaga kebersihan persekitaran untuk mewujudkan suasana harmoni, bekerjasama menjalankan kempen kebersihan, mempunyai daya kreavitiviti untuk memelihara alam sekeliling dan memastikan kelas sentiasa ceria.  Kebersihan persekitaran tempat tinggal juga perlu diperihatinkan. Tempat tinggal yang bersih akan membuat kita nyaman tinggal di dalamnya manakala tempat tinggal yang kotor dan kumuh adalah  tidak baik bagi kesihatan kita kerana udara yang kita hirup  adalah tidak sehat lagi dan hal itu akan mempengaruhi kesihatan kita. Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama perlu memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata tempat tinggal.

Pertuturan dan kelakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain ke arah mencapai kebersihan rohani dan jasmani. Ciri-ciri pertuturan dan kelakuan yang terpuji ialah tidak menyinggung perasaan orang lain, mementingkan kemesraan, bersopan dan berbudi bahasa, tidak bertutur dengan melanggar norma masyarakat dan tidak angkuh atau memandang rendah orang lain ketika berbicara. 

 Pemikiran yang sihat dan membina ialah pandangan, cadangan, pendapat dan pemikiran yang bernas dan ikhlas yang harus dipupuk untuk kebaikan diri dan masyarakat. Ciri-cirinya  mempunyai daya usaha yang kuat, mempunyai kematangan berfikir, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah,  mempunyai penaakulan yang bernas, logik, kritis dan membina keyakinan diri ,berfikiran positif dan  Tidak malu mengeluarkan pendapat.
 
 Di samping itu,kita perlu menjaga kebersihan dari segi makanan.Makanan adalah keperluan asas dalam kehidupan kita. Oleh itu,menjaga kebersihan makanan adalah amat penting. Menjaga kebersihan dari segi makanan dapat mengelakkan keracunan makanan, infestasi haiwan perosak dan menghasilkan makanan yang selamat. Makanan boleh dicemari oleh bakteria di badan manusia, haiwan, udara, air,sampah sarap, makanan mentah, dan sebagainya. Oleh demikian, kita harus menjaga kebersihan makanan mulai dari tahap sebelum dimasak,makanan yang hendak dimasak perlu dicuci sampai bersih baharu boleh dimasak. Selain daripada itu,makanan perlu dimasak dengan benar dan minuman perlu dimasak sampai mendidih supaya bakteria di dalamnya mati.Ini dapat membantu kita menghindari penyakit seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, loya, demam dan sebagainya.   
          
           Secara keseluruhannya,kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan kita,tidak kiranya kebersihan diri,kebersihan makanan ataupun kebersihan tempat tinggal.Kebersihan telah memberi pengaruh yang besar ke atas kesihatan seseorang.Kita perlu mengingati bahawa menjaga kesihatan baharu boleh mempunyai badan yang sihat.




No comments:

Post a Comment