Blogger Widgets

Tuesday, December 4, 2012

Sinonim

1.
Sinonim ialah perkataan  yang sama erti atau maknanya.
2.
Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna.
3.
Di dalam petikan pemahaman, soalan yang berkaitan dengan sinonim kerap ditanyakan.
4.
Di antara contoh sinonim




                      
Buruk
hodoh, lama; usang
Carik
cabik; koyak; robek; sobek
Cerdik
berakal; bijak; pandai; pintar
Cocok
akur; sama; sepadan; sepakat; sesuai; setuju; tepat.

Awas
hati-hati; hemat; ingat-ingat; waspada
Azab
derita; kesengsaraan, penderitaan, seksaan, sengsara.
Benar
betul, sah, sejati, sungguh
Bijak
berakal, cendekia, cerdik, pintar, pandai

Latihan
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 

 1.
Sikap takbur dan suka berlagak  Ali itu hanya akan mendatangkan keburukan kepadanya.
A
taksub
B
bongkak
C
bengis
D
manja
 2.
Encik Amir  sudah puas berikhtiar, namun penyakit isterinya itu masih belum sembuh.
A
berdaya
B
berdoa
C
berjuang
D
Berusaha
 3.
Pengawal keselamatan itu terlena di atas kerusinya kerana terlalu letih.
A
terpinga-pinga
B
terduduk
C
terlelap
D
tersengguk-sengguk
 4.
Bola yang ditendang oleh Aman itu meluru deras lalu menerjah jaring.
A
tepat
B
tinggi
C
kencang
D
Perlahan
 5.
Janganlah terlalu gembira  bahawa soalan  peperiksaan yang akan dikemukakan enteng-enteng belaka.
A
sukar-sukar
B
mudah-mudah
C
panjang-panjang
D
baru-baru
6.
Baju Kaswini carik ketika dia berebut-rebut menaiki van.
A
cantik
B
rosak
C
koyak
D
Longgar
 7.
Encik Haris telah menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah berkahwin dengan gadis tersebut.
A
mengesahkan
B
mendakwa
C
menyangkal
D
Meragui
 8.
Apakah yang merunsingkan fikiran kamu?
A
merisaukan
B
merosakkan
C
mempengaruhi
D
Membuahkan
 9.
Walaupun makanan yang dihidangkan itu enak belaka sedikit pun tidak disentuhnya.
A
dihidu
B
dinikmati
C
dijamah
D
Dihabiskan
 10.
Gendang itu dipalu beberapa kali sebagai menandakan permulaan acara tersebut.
A
diketuk
B
dipukul
C
digoncang
D
dihayun

No comments:

Post a Comment