Blogger Widgets

Wednesday, November 28, 2012

Tanda Baca


 TANDA BACA
1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada
    pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan
    kesesuaiannya.
3. Di antara tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik   ( . )
Tanda koma                      ( , )
Tanda tanya atau soal    ( ? )
Tanda seruan                    ( ! )
Tanda sempang atau sengkang  ( - )
Tanda noktah bertindih                  ( : )
Tanda pengikat kata atau petik   ( “    “ )

1.  Huruf Besar:

a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
i)Rumah itu di atas bukit.
ii)Persembahan itu belum tamat.
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
i)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
ii)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah
i)Yang Maha Pengasih,
ii)Ampunilah hamba-mu.
iii)Semoga Engkau menerima doa kami.
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
i)Haji Abdul Ghabur
ii)Nabi Muhamad S.A.W
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
Profesor Ahmad Hashim
Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar
f) digunakan diawal nama khas
i) Aminah,Kelantan,Terengganu,Bank Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
i)bangsa Melayu
ii)orang Minangkabau
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
i)Lembaga Urusan Tabung Haji
ii)Dewan Bahasa dan Pustaka
iii)Semenajung Tanah Melayu



2.  Tanda noktah atau titik:

Tanda titik digunakan...
Contohnya
(a), pada akhir ayat yang bukan
pertanyaan atau seruan
(i) Kereta ini baru dibeli.
(ii) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En. (Encik)
(c) sebelum tanda penutup kata (")
dalam cakap ajuk
Kata kakak, "Bunga itu sudah layu:"
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan
5.4, 30.2, 1 19.8


3.  Tanda Koma (,)
Tanda koma digunakan...
Contohnya
(a)bagi mengasingkan kata yang
berturut-turut dalam satu ayat
(a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
(b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
(b)di belakang kata seru
(a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
(c)untuk menandakan tempat berhenti
sebentar.
Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
(d) di belakang kata penghubung pada
awal ayat
... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
... Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
(e)untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza
Rumah itu besar, tetapi tidak cantik
Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
(f)sebelum tanda pembuka kata (") dan
penutup kata (") dalam cakap ajuk
Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
"Terima kasih," jawab Encik Abu.

4.  Tanda Tanya (?)
Tanda tanya digunakan...
Contohnya
(a) pada akhir ayat tanya
Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")
"Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.

5.   Tanda Koma Bertitik (;)
Tanda koma bertitik digunakan
Contohnya
(a) untuk memisahkan bahagian-
bahagian ayat yang sejenis dan
setara
Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
(b) pada baris pertama pantun dua
erat
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
(c) pada baris kedua pantun empat
kerat
Kalau ada jarum patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.



6.   Tanda Sempang (-)
Tanda sempang digunakan...
Contohnya
(a) untuk menyambungkan kata yang
      diulang dan kata ganda
murid-murid, riuh-rendah
(b untuk merangkaikan:
     i. se dengan kata yang berikutnya yang dimulai
    dengan huruf besar
seMalaysia, seTanah Melayu
ii.  ke- dengan angka
iii.  angka dengan -an
kali yang ke-10,
tahun 1960-an
(c) memisahkan huruf kecil daripada huruf besar
rahmat-Mu, hamba-Nya,
sinar-X

7.   Tanda Titik Bertindih (:)
Tanda titik bertindih digunakan...
Contohnya
(a)        pada akhir sesuatu penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian
Barangbarang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul
(b)        untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu
Tarikh: 3 April 2000
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan

8.  Tanda Seru (!)
Tanda seru digunakan...
Contohnya
sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat
(a)        Wah, perbuatan awak sudah melampau!
(b)        Siapkan kerja itu segera!

 9.  Tanda Petik ("...")
Tanda petik digunakan
Contohnya
(a) untuk mengapit petikan langsung
"Saya belum makan ibu," kata adik.
(b) pada jadual rencana, karangan,
novel, puisi, dan sebagainya
Novel "Esok Masih Ada" memenangi
hadiah pertama.

Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni


 Kempen Budi Bahasa Dan Nilai Murni

 Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa

• Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,
• Orang ramai membuang sampah sesuka hati,
• Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya
• Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,
• Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan
• Merokok di kawasan larangan merokok ialah
• kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam

Senyuman Ikhlas

Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini. Beberapa pakar berkata kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun keberkesanannya belum meluas.

Rakyat Kelas Pertama

Dapat kita rasakan bahawa ungkapan “first class infrastructure, third class mentality” itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden. Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur.

Budi Pekerti Asas Utama

Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.
Nilai-nilai Murni
Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

Aktiviti Yang Dijalankan

1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)
Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.

2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)
Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.


3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.

4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)
Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.

5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', ´'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita
Kini kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.

Untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.

Tujuan Kempen
•    Kerajaan merasakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni perlu diadakan kerana  sesetengah rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup yang kasar, melanggar peraturan bahasa, membelakangkan adap sopan dan tidak mengendahkan tatasusila. Dan sekiranya dilihat  kepada  jabatan   kerajaan   secara   khususnya  cara  memberi khidmat,   cara   melayani pelanggan atau orang ramai terutamanya oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan kurang cekap, ini seterusnya telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang ramai yang berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan.
•    Walaupun rasuah di Malaysia belum sampai ke tahap kritikal tetapi  kerajaan mahu membenteras rasuah sebelum  ianya menjadi satu gejala yang berleluasa. Kurangnya pemahaman nilai murni serta menjalankan kerja secara jujur dan amanah menyebabkan amalan yang buruk itu terus berleluasa. Stigma yang menyatakan kakitangan kerajaan menerima rasuah telah menyebabkan ramai kakitangan kerajaan malu untuk mengaku bahawa mereka bekerja dengan kerajaan 
•    Sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan Malaysia makin terhakis. Memiliki mentaliti  kelas pertama amat penting dalam memastikan usaha kerajaan membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Begitu juga jika dilihat kepada infrastuktur kerajaan dengan terdirinya Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ianya berdiri megah  dan memukau mata sesiapa yang memandang, dengan segala kemudahan kelas pertama. Bagaimana pula dengan pengisiannya? Menyediakan tenaga kerja dan pegawai kerajaan kelas pertama perlu diperhebat agar ia seiring dengan kemudahan yang ada. Mentaliti kelas pertama dikalangan kakitangan kerajaan ditagih dan nilai-nilai murni perlu menjadi teras kepada mentaliti yang hendak dipupuk. Peranan dan tangungjawab dalam memupuk mentaliti kelas pertama dikalangan kakitangan kerajaan adalah dipikul oleh setiap ketua sesebuah organisasi. Ianya dapat dijayakan dengan dengan memupuk budaya kerja yang terbaik.