Baju Kurung |
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain
kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula
memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah baju longgar yang
labuh, kadang-kala hingga ke lututdan dipadankan dengan kain panjang yang
berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional
seperti songket atau batik.
Cheongsam |
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan
berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan
untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional
mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina
yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera.
Sari |
Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Sari
adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlinkungan dari empat ke Sembilan
meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang
terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung
menabir le atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.
No comments:
Post a Comment