Petikan
1- Diet
Apa yang anda faham dengan diet?
Diet bermaksud
pengambilan makanan oleh seseorang individu. Pengambilan makanan adalah penting
untuk memelihara dan mempertingkat kesihatan. Diet ini boleh dikatakan sebagai cara untuk anda ingin menghilangkan
berat badan dalam waktu singkat. Bagi tujuan
ini, amalan pemakanan berdasarkan Peruntukan Diet Harian yang Disarankan dan
Piramid Makanan amatlah disyorkan untuk mencapai diet yang seimbang.
Diet seimbang bermaksud
pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein,
karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air, dan pelawas dalam kuantiti
yang diperlukan. Pengetahuan pendidikan terhadap pemilihan diet boleh
menjadikan kita lebih prihatin untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Contohnya, selepas mempelajari jenis-jenis dan fungsi-fungsi setiap nutrien,
apakah yang akan anda makan jika mengalami sembelit? Ini jelas menunjukkan bahawa
pendidikan mempengaruhi kualiti dan kuantiti makanan yang diambil.
Pendapatan keluarga merupakan
faktor yang mempengaruhi secara langsung dalam pemilihan makanan mengikut
kemampuan masing-masing. Keluarga yang berpendapatan rendah masih boleh mengamalkan
diet seimbang. Makanan mahal boleh digantikan dengan makanan yang lebih murah
tetapi berkhasiat. Contohnya, ikan tenggiri yang mahal boleh digantikan dengan
ikan sardin, keranan kedua-dua ikan tersebut mengandungi kandungan nutrien yang
sama dan merupakan sumber protein nilai biologi tinggi. Dari segi geografi,
diet dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan infrastruktur. Iklim Malaysia sesuai
untuk menghasilkan sumber makanan tempatan seperti beras, kelapa, dan pisang.
Beras dan hasil beras menjadi bahan utama sajian harian. Kemudahan
infrastruktur membolehkan sumber makanan diperoleh sepanjang masa
Diet seimbang dipengaruhi oleh keperluan fisiologi seperti
umur,jantina,saiz badan, aktiviti yang dilakukan dan juga tahap kesihatan.Faktor
umur iaitu kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrien pembina tubuh kerana
mereka sedang membesar. Orang dewasa dan remaja yang cergas memerlukan lebih
nutrien pembekal tenaga dan golongan tua pula lebih memerlukan nutrien untuk
memelihara kesihatan. Dari segi jantina kaum lelaki memerlukan lebih makanan
pembekal tenaga daripada wanita kerana mereka lebih aktif dan mempunyai lebih tisu otot. Kaum wanita pula
memerlukan lebih nutrien ferum untuk menggantikan kehilangan darah semasa haid
dan bersalin. Dari segi saiz badan iaitu
individu yang bertubuh besar memerlukan lebih makanan pembekal tenaga. Selain
dari itu aktiviti yang dijalankan juga mempengaruhi diet seimbang pekerja buruh
memerlukan lebih banyak makanan pembekal tenaga kerana mereka melakukan kerja
berat manakala kerani pejabat tidak perlu banyak kerana hanya membuat
kerja-kerja pejabat sahaja yang ringan. Tahap kesihatan,seorang pesakit
memerlukan diet jenis cecair sahaja dan orang yang sedang pulih memerlukan
makanan pembina tubuh yang mudah dicernakan
No comments:
Post a Comment